RPH KARTINI SAHAMAT

Thursday, March 3, 2011

RPH MINGGU KE 9

RPH MINGGU KE 9(28.2.2011 hingga 4.3.2011)

Tarikh/Hari 28.2.2011/Isnin
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penyediaan Portfolio dan hasil karya:Kajian dan penyelidikan.(Bab 1)
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.setiap calon mengemukakan hasil kajian Bab 1 kepada guru dihadapan kelas.
2.Guru memberi bimbingan dan ulasan kepada setiap pelajar(sesi perbincangan )
BBM hasil kajian pelajar,buku rujukan seni visual STPM.
Refleksi hasil dari perbincangan didapati 2 orang calon belum melengkapkan kajian pada Bab 1, iaitu belum membuat tujuan kajian tema dan metodologi kajian.

Hari/Tarikh 28.2.2011/Isnin
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Apresiasi Seni: Kertas 1(Soalan Teori)
Objektif/Hasil Pembelajaran -dapat menginterpretasi karya yang diberi.
-pelajar memahami bahawa pengkaryaan dan perekaan mempunyai makna dan fungsi dalam konteks tertentu.
Aktiviti Pembelajaran 1.guru mengedar kertas teori (gambar catan karya Hashim Hassan)
2.membincangkan isi penting yang boleh dihuraikan dari karya tersebut.
3.latihan bertulis.
BBM Contoh soalan teori(bercetak) ,buku rujukan seni visual STPM.
Refleksi pelajar masih kurang mahir dalam menggunakan bahasa seni visual ketika mengulas karya.

Hari/Tarikh Selasa(1.3.2011)
Tingkatan 5K3
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penhasilan Seni Visual: Jenis Arca.
Objektif/hasil pembelajaran Memahami proses,ubahan dan fungsi seni visual serta berkomunikasi dalam semua bidang seni berkaitan.
Aras 1-aplikasi asas seni reka dalam aktiviti seni halus.
-berkomunikasi melalui aktiviti seni visual.
Aras 2-Menjalankan aktiviti secara terancang.
Aktiviti Pembelajaran 1.penjelasan tajuk kepada pelajar.
2.Penjelasan dan menunjuk contoh jenis-jenis arca.
3.Aktiviti berkumpulan-menyenaraikan alat,bahan dan fungsi arca.(Merujuk buku Seni Visual SPM)
4.Wakil setiap kumpulan menbentang hasil perbincangan dihadapan kelas.Pelajar lain mencatat isi penting.
BBM buku rujukan seni visual SPM, contoh gambar jenis arca.
Refleksi pembentangan disambung ke hari berikutnya kerana masa tidak mencukupi.Setiap kumpulan telah mengumpul isi -isi penting.

Hari/Tarikh Rabu (2.3.2011)
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual; Pembentangan tajuk jenis arca.
Objektif/hasil pembelajaran Memahami proses,ubahan dan fungsi seni visual serta berkomunikasi dalam semua bidang seni berkaitan.
Aras 1-aplikasi asas seni reka dalam aktiviti seni halus.
-berkomunikasi melalui aktiviti seni visual.
Aras 2-Menjalankan aktiviti secara terancang.
Aktiviti Pembelajaran 1.pembentangan oleh ketua kumpulan sambil pelajar lain mencatat isi penting.
2.sesi soal jawab.
3.ulasan dari guru.
BBM Buku rujukan seni visul SPM,arca jenis luakan,timbulan,mobail.
Refleksi pembentangan berjalan denan lancar, pembentang tidak memasukkan tokoh pengarca.

Hari/Tarikh Rabu (2/3/2011)
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penyediaan Portfolio dan hasil karya:Kajian dan penyelidikan.(Bab 2 )
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pemeblajaran 1.penjelasan aspek yang terkandung dalam bab 2 kajian.
2.sesi soal jawab.
BBM soalan kerja kursus seni visual STPM 970/3,contoh karya yang menggunakan teknik hard edge.
Refleksi pelajar mempunyai fokus terhadap tema pengkajian masing-masing. pelajar menghadapi masalah dalam mendapatkan karya yang sesuai untuk dijadikan karya rujukan.


Hari/Tarikh Khamis(3.3.2011)
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit pembelajaran Apresiasi Seni: latihan teori
Objektif/Hasil Pembelajaran -dapat menginterpretasi karya yang diberi.
-pelajar memahami bahawa pengkaryaan dan perekaan mempunyai makna dan fungsi dalam konteks tertentu.
Aktiviti Pembelajaran 1.mengedar salinan gambar karya Dzulkifli Buyong yang bertajuk "Murid Sekolah:
2.perbincangan hasil karya dari aspek deskripsi, analisis dan interpretasi.
3.latihan bertulis.
BBM Buku rujukan seni visual STPM, salinan gambar karya Dzulkifli Buyong(dari kertas 970/1,STPM 2010)
Refleksi latihan disambung sebagai kerja rumah kerana tidak sempat disiapkan.


Hari/tarikhJumaat (4.3.2011)
Tingkatan5K3
Mata pelajaranPendidikan Seni Visual
Masa70 minit
Unit PembelajaranPenghasilan Seni Visual; Pembentangan tajuk jenis arca.
Objektif/Hasil PembelajaranMemahami proses,ubahan dan fungsi seni visual serta berkomunikasi dalam semua bidang seni berkaitan.
Aras 1-aplikasi asas seni reka dalam aktiviti seni halus.
-berkomunikasi melalui aktiviti seni visual.
Aras 2-Menjalankan aktiviti secara terancang.
Aktiviti Pembelajaran1.pembentangan oleh ketua kumpulan sambil pelajar lain mencatat isi penting.
2.sesi soal jawab.
3.ulasan dari guru -pernjelasan dan contoh arca jenis asemblej.
BBMBuku rujukan seni visual SPM, contoh arca jenis asemblej.
RefleksiMaklumat yang dibentangkan dapat diguna oleh calon yang mengambil soalan arca bagi kerja kursus seni visual SPM 2011.

No comments:

Post a Comment