RPH KARTINI SAHAMAT

Sunday, February 27, 2011

MINGGU KE 8 ( 21/2/2011 hingga 25/2/2011)

Hari/Tarikh Isnin/21.2.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 Minit
Unit Pembelajaran Pengolahan teknik lukisan: Garisan Selari.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat memahami bagaimana teknik olahan motif yang digunakan dalam penghasilan lukisan.
Aktiviti Pembelajaran 1.latihan amali melukis objek alam dengan eksperimentasi pelbagai media dan teknik.
2.persembahan apresiasi.(pelajar diminta menjelaskan hasil lukisan kepada rakan pelajar -imej, komposisi dan garisan yg digunakan)
BBM pen teknikal, pen maker, contoh lukisan garisan selari.
Refleksi persembahan apresiasi dapat melatih pelajar untuk memberi kritikan dengar menggunakan perkataan /frasa yang bersesuaian dengan istilah seni halus.Tetapi persembahan ini tidak dapat dilakukan oleh kesemua pelajar .

Hari/Tarikh Isnin/21.2.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penyediaan Portfolio dan hasil karya:Kajian dan penyelidikan.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.perbincangan dan penyemakan hasil kajian yang telah dikumpul.
2.penjelasan format penulisan esei hasil kajian.
BBM bahan kajian (bercetak) buku rujukan seni visual STPM, contoh penulisan
Refleksi 2 orang calon yang menghadapi masalah dalam memahami tujuan pengkajian. Guru memberi bimbingan dan menunjukkan contoh penulisan .

Hari/Tarikh Selasa/22.2.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual; Seni Halus -
a.idea dan proses.
b.olahan karya
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat :-
Aras 1-Menjalankan aktiviti secara terancang.
-Membanding beza jenis komunikasi visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2.setiap kumpulan diminta kehadapan kelas bersama hasil kerja (mencorak).dan menjelaskan hasil kerja yang telah dibuat.
3.sesi soal jawab antara pelajar.
4.ulasan dari guru hasil kerja setiap pelajar.
BBM corak hasil kerja pelajar dan buku rujukan seni visual SPM.
Refleksi semua pelajar telah menyiapkan kerja masing-masing.garisan grid memainkan peranan dalam mencorak. hanya beberapa orang pelajar yang kurang tepat meletakkan motif dalam garisan grid.

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN SMK SERIAN
KALI KE-46. DARI 23.2.2011 HINGGA 25.2.2011(HARI RABU-JUMAAT)

No comments:

Post a Comment