RPH KARTINI SAHAMAT

Thursday, February 17, 2011

RPH Minggu Ke 7 ( 14.Feb hingga 18.Feb 2011)

Hari/Tarikh Isnin/14.2.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 4 Waktu.
Unit Pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio dan hasil karya:i)Portfolio-Kajian dan Penyelidikan.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.Penerangan format penulisan kajian dan penyelidikan tema keharmonian untuk portfolio.
2.menunjuk contoh penulisan portfolio hasil karya pelajar universiti.
3.menjelaskan secara terperinci menulis bahagian Bibliografi .
4.Sesi penyemakan dan perbincangan hasil maklumat yang telah dikumpul dan pelajar mengisi borang proses kajian.
BBM kertas soalan kerja kursus seni visual STPM 970/3,contoh hasil penulisan kerja kursus pelajar peringkat Universiti.
Refleksi pelajar telah memahami bahawa portfolio perlu dibuat secara berperingkat-peringkat.Pelajar telah memulakan kajian bagi Bab 1 iaitu maksud dan sejarah catan serta aliran catan.Pelajar juga telah mendapatkan maksud /definisi bagi tema Keharmonian.

CUTI UMUM SEMPENA MAULIDUR RASUL 15.2.2011

Hari/Tarikh Rabu/16.2.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual; Seni Halus -
a.idea dan proses.
b.olahan karya
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat :-
Aras 1-Menjalankan aktiviti secara terancang.
-Membanding beza jenis komunikasi visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.sambungan aktiviti melakar motif pada garisan grid yang telah dibuat.
2.mengkaji jenis warna yang sesuai untuk membuat corak.
3.mewarna corak yang telah siap dilakar.
BBM contoh kertas pembalut hadiah,warna poster,pensil warna.
Refleksi ada lakaran yang kurang tepat dan kurang kemas,pelajar diminta memperbaiki semula. mewarna menggunakan warna poster pelajar masih kurang cekap dalam mengawal berus.

Hari/Tarikh Rabu/16.2.2011
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio dan hasil karya:i)Portfolio-Kajian dan Penyelidikan.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.perbincangan tema keharmonian secara terperinci dari pelbagai aspek.
-Keharmonian Dalam Rumahtangga.
-Keharmonian Alam Semulajadi
-Keharmonian Alam Sekitar.
-Keharmonian Hidup Masyarakat Malaysia.
-Keharmonian dalam seni visual/seni halus.
BBM Artikel dari internet, petikan akhbar, majalah dan buku seni visual.
Refleksi Setiap pelajar telah memilih tema keharmonian masing-masing. Pelajar mencari maksud dan maklumat berkaitan keharmonian dari aspek yang mereka telah pilih.

Hari/Tarikh Khamis/ 17.2.2011
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Mata Pelajaran Seni Visual
Unit pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio dan hasil karya:i)Portfolio-Kajian dan Penyelidikan.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.penerangan kaedah kajian(metodologi kajian)
a-Kajian Teori-metodologi perpustakaan,metodologi media massa ,metodologi pemerhatian,temu bual,lawatan.
b-Kajian praktikal-metodologi kajian warna dan media serta teknik yang digunakan.
2.pelajar merancang kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian.
BBM contoh jurnal dan hasil kajian pelajar seni halus dari intitusi pengajian tinggi.
Refleksi pelajar telah memahami maksud kaedah kajian(metodologi kajian) pelajar mula merancang jenis kajian yg akan digunakan .

Hari/Tarikh Jumaat/18.2.2011
Tingkatan 5K3
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran/perkara mengedar kertas soalan kerja kursus seni visual tingkatan 5
Objektif/Hasil Pembelajaran pelajar dapat memahami dan memilih soalan yang sesuai dengan kemahiran dan kemampuan masing-masing.
Aktiviti Pembelajaran 1.mengedar kertas soalan kepada setiap calon.
2.membaca dan memahami kehendak lembaga peperiksaan.
3.membaca dan memahami kehendaki setiap soalan.
4.pelajar memilih salah satu dari tajuk yang diberi.
BBM kertas soalan kerja kursus seni visual peringkatan SPM bercetak.
Refleksi pelajar telah memahami kehendak soalan dan arahan pihak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment