RPH KARTINI SAHAMAT

Sunday, February 27, 2011

MINGGU KE 8 ( 21/2/2011 hingga 25/2/2011)

Hari/Tarikh Isnin/21.2.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 Minit
Unit Pembelajaran Pengolahan teknik lukisan: Garisan Selari.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat memahami bagaimana teknik olahan motif yang digunakan dalam penghasilan lukisan.
Aktiviti Pembelajaran 1.latihan amali melukis objek alam dengan eksperimentasi pelbagai media dan teknik.
2.persembahan apresiasi.(pelajar diminta menjelaskan hasil lukisan kepada rakan pelajar -imej, komposisi dan garisan yg digunakan)
BBM pen teknikal, pen maker, contoh lukisan garisan selari.
Refleksi persembahan apresiasi dapat melatih pelajar untuk memberi kritikan dengar menggunakan perkataan /frasa yang bersesuaian dengan istilah seni halus.Tetapi persembahan ini tidak dapat dilakukan oleh kesemua pelajar .

Hari/Tarikh Isnin/21.2.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penyediaan Portfolio dan hasil karya:Kajian dan penyelidikan.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.perbincangan dan penyemakan hasil kajian yang telah dikumpul.
2.penjelasan format penulisan esei hasil kajian.
BBM bahan kajian (bercetak) buku rujukan seni visual STPM, contoh penulisan
Refleksi 2 orang calon yang menghadapi masalah dalam memahami tujuan pengkajian. Guru memberi bimbingan dan menunjukkan contoh penulisan .

Hari/Tarikh Selasa/22.2.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual; Seni Halus -
a.idea dan proses.
b.olahan karya
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat :-
Aras 1-Menjalankan aktiviti secara terancang.
-Membanding beza jenis komunikasi visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2.setiap kumpulan diminta kehadapan kelas bersama hasil kerja (mencorak).dan menjelaskan hasil kerja yang telah dibuat.
3.sesi soal jawab antara pelajar.
4.ulasan dari guru hasil kerja setiap pelajar.
BBM corak hasil kerja pelajar dan buku rujukan seni visual SPM.
Refleksi semua pelajar telah menyiapkan kerja masing-masing.garisan grid memainkan peranan dalam mencorak. hanya beberapa orang pelajar yang kurang tepat meletakkan motif dalam garisan grid.

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN SMK SERIAN
KALI KE-46. DARI 23.2.2011 HINGGA 25.2.2011(HARI RABU-JUMAAT)

Thursday, February 17, 2011

RPH Minggu Ke 7 ( 14.Feb hingga 18.Feb 2011)

Hari/Tarikh Isnin/14.2.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 4 Waktu.
Unit Pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio dan hasil karya:i)Portfolio-Kajian dan Penyelidikan.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.Penerangan format penulisan kajian dan penyelidikan tema keharmonian untuk portfolio.
2.menunjuk contoh penulisan portfolio hasil karya pelajar universiti.
3.menjelaskan secara terperinci menulis bahagian Bibliografi .
4.Sesi penyemakan dan perbincangan hasil maklumat yang telah dikumpul dan pelajar mengisi borang proses kajian.
BBM kertas soalan kerja kursus seni visual STPM 970/3,contoh hasil penulisan kerja kursus pelajar peringkat Universiti.
Refleksi pelajar telah memahami bahawa portfolio perlu dibuat secara berperingkat-peringkat.Pelajar telah memulakan kajian bagi Bab 1 iaitu maksud dan sejarah catan serta aliran catan.Pelajar juga telah mendapatkan maksud /definisi bagi tema Keharmonian.

CUTI UMUM SEMPENA MAULIDUR RASUL 15.2.2011

Hari/Tarikh Rabu/16.2.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual; Seni Halus -
a.idea dan proses.
b.olahan karya
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat :-
Aras 1-Menjalankan aktiviti secara terancang.
-Membanding beza jenis komunikasi visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.sambungan aktiviti melakar motif pada garisan grid yang telah dibuat.
2.mengkaji jenis warna yang sesuai untuk membuat corak.
3.mewarna corak yang telah siap dilakar.
BBM contoh kertas pembalut hadiah,warna poster,pensil warna.
Refleksi ada lakaran yang kurang tepat dan kurang kemas,pelajar diminta memperbaiki semula. mewarna menggunakan warna poster pelajar masih kurang cekap dalam mengawal berus.

Hari/Tarikh Rabu/16.2.2011
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio dan hasil karya:i)Portfolio-Kajian dan Penyelidikan.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.perbincangan tema keharmonian secara terperinci dari pelbagai aspek.
-Keharmonian Dalam Rumahtangga.
-Keharmonian Alam Semulajadi
-Keharmonian Alam Sekitar.
-Keharmonian Hidup Masyarakat Malaysia.
-Keharmonian dalam seni visual/seni halus.
BBM Artikel dari internet, petikan akhbar, majalah dan buku seni visual.
Refleksi Setiap pelajar telah memilih tema keharmonian masing-masing. Pelajar mencari maksud dan maklumat berkaitan keharmonian dari aspek yang mereka telah pilih.

Hari/Tarikh Khamis/ 17.2.2011
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Mata Pelajaran Seni Visual
Unit pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio dan hasil karya:i)Portfolio-Kajian dan Penyelidikan.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.penerangan kaedah kajian(metodologi kajian)
a-Kajian Teori-metodologi perpustakaan,metodologi media massa ,metodologi pemerhatian,temu bual,lawatan.
b-Kajian praktikal-metodologi kajian warna dan media serta teknik yang digunakan.
2.pelajar merancang kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian.
BBM contoh jurnal dan hasil kajian pelajar seni halus dari intitusi pengajian tinggi.
Refleksi pelajar telah memahami maksud kaedah kajian(metodologi kajian) pelajar mula merancang jenis kajian yg akan digunakan .

Hari/Tarikh Jumaat/18.2.2011
Tingkatan 5K3
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran/perkara mengedar kertas soalan kerja kursus seni visual tingkatan 5
Objektif/Hasil Pembelajaran pelajar dapat memahami dan memilih soalan yang sesuai dengan kemahiran dan kemampuan masing-masing.
Aktiviti Pembelajaran 1.mengedar kertas soalan kepada setiap calon.
2.membaca dan memahami kehendak lembaga peperiksaan.
3.membaca dan memahami kehendaki setiap soalan.
4.pelajar memilih salah satu dari tajuk yang diberi.
BBM kertas soalan kerja kursus seni visual peringkatan SPM bercetak.
Refleksi pelajar telah memahami kehendak soalan dan arahan pihak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Friday, February 11, 2011

RPH MINGGU KE 6 (7.2.HINGGA 12.2.2011)

ISNIN 7.2.2011-CUTI SAKIT

Hari/Tarikh Selasa/8.2.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Seni Halus: Catan Teknik Impasto
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat:
1.membuat karya seni secara kritis dan kreatif.
2.menginterpretasi maklumat yang akan digunakan dalam penghasilan kerja.
Aktiviti Pembelajaran 1.penerangan tajuk pembelajaran.
2.menunjuk contoh hasil karya.
3.tunjuk cara penggunaan media dan teknik.
4.amali -pelajar mencuba menghasilkan teknik impasto dengan akrilik .
BBM contoh hasil kerja teknik impasto,buku rujukan seni visual SPM, warna akrilik dan pallet knife.
Refleksi pelajar memahami maksud teknik impasto dan alat bahan yang sesuai untuk menghasilkannya.

Hari/Tarikh Rabu/9.2.2011
Tingkatan 5K3
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual; Seni Halus -
a.idea dan proses.
b.olahan karya
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat :-
Aras 1-Menjalankan aktiviti secara terancang.
-Membanding beza jenis komunikasi visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.menjelaskan komunikasi visual melalui seni halus secara ringkas.
2. soal jawab secara lisan-contoh komunikasi visual yang terdapat dipersekitaran.Mengulas jawapan yang diberi.
3.memberi nota bercetak komunikasi visual.
4.menunjuk beberapa contoh komunikasi visual yang ada.
BBM buku rujukan PSV SPM,contoh poster,contoh lukisan,contoh catan,logo.
Refleksi pelajar dapat memahami maksud komunikasi visual dan beberapa orang pelajar dapat menyebut beberapa contoh komunikasi yang terdapat dipersekitaran mereka.

Hari/Tarikh Rabu/ 9.2.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual.
Masa 70 minit
Unit pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio dan hasil karya:i)Portfolio-Penentuan Tema.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.penerangan dan taklimat projek penghasilan.
2.mengenal pasti tajuk dan tema tugasan.
BBM kertas soalan kerja kursus seni visual STPM 970/3
Refleksi majoriti pelajar memilih soalan 1 ,catan yang bertemakan "Keharmonian"

Hari/Tarikh Khamis/10.2.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio dan hasil karya:i)Portfolio-Kajian dan Penyelidikan.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual
Aktiviti Pembelajaran 1.Penerangan jenis penyelidikan-primer dan sekunder.
2.Menunjuk contoh hasil penyelidikan /kajian.
3.Sesi soal jawab dengan pelajar.
4. membuat gambar rajah grafik-perkara & proses untuk melakukan kajian.
BBM kertas soalan kerja kursus seni visual STPM 970/3,contoh hasil penulisan kerja kursus pelajar peringkat Universiti.
Refleksi pelajar telah membuat gambar rajah grafik berkenaan dengan kajian tema keharmonian.

Hari/Tarikh Jumaat/11.2.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual; Seni Halus -
a.idea dan proses.
b.olahan karya
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat :-
Aras 1-Menjalankan aktiviti secara terancang.
-Membanding beza jenis komunikasi visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.latihan amali (membuat corak menggunakan huruf)
2.memilih jenis huruf yang sesuai.
3.merancang grid garisan .
4.melakar motif .
BBM Buku rujukan PSV SPM, contoh corak kertas pembalut hadiah,contoh poster.
Refleksi pelajar berbincang sesama rakan memilih dan mengubahsuai huruf . lakaran huruf masih tidak kemas.

Hari/tarikh Sabtu/12.2.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual; Seni Halus -
a.idea dan proses.
b.olahan karya
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar dapat :-
Aras 1-Menjalankan aktiviti secara terancang.
-Membanding beza jenis komunikasi visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.Latihan amali membuat motif dan melakarkannya dalam garisan grid yang telah dipilih.
2.merancang warna yang sesuai dengan corak-warna panas,warna sejuk,warna primer,warna yang berkontra ,warna monokrom.
BBM Buku rujukan PSV SPM,contoh corak kertas pembalut hadiah, buku rujukan kajian warna.
Refleksi beberapa orang pelajar yang masih kurang kemas dalam membuat lakaran corak.