RPH KARTINI SAHAMAT

Thursday, March 24, 2011

RPH MINGGU KE 12 (21.3. HINGGA 25.3.2011)

Hari/ Tarikh Isnin( 21.3.2011)
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio-penulisan
Objektif/Hasil Pembelajaran pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan penyelidikan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual..
Aktiviti Pembelajaran 1.pelajar menunjukkan hasil kajian dan penyelidikan berdasarkan tema masing-masing kepada guru.
2.guru memberi bimbingan dan teguran keatas setiap pelajar.
BBM hasil kajian pelajar (dalam bentuk tulisan tangan), contoh penulisan esei seni bekas pelajar UPSI
Refleksi beberapa penambah dan pembetulan dilakukan oleh pelajar terhadap esei hasil kajian selepas melalui proses bimbingan dari guru.

Hari/Tarikh Isnin(21.3.2011)
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran 2.4) Penyediaan portfolio-penulisan
Objektif/Hasil Pembelajaran pendedahan kepada pelajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan penyelidikan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual..
Aktiviti 1.pelajar yang telah membuat penambahan kepada esei mereka dan meneruskan dengan aktiviti menaip esei menggunakan komputer di dalam bilik seni dan juga menggunakan komputer riba guru mengikut format yang telah ditetapkan..
2.pelajar mencetak esei .
BBM PC, komputer riba dan mesin pencetak.
Refleksi pelajar diminta menyambung kerja menaip dan mencetak pada sebelah petang. Memandangkan jumlah komputer yang amat terhad maka pelajar terpaksa menggunakannya secara bergilir-gilir ikut jadual yg telah dibuat.

Hari/Tarikh Selasa(22.3.2011)
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit.
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual: Kajian Rekaan Seni Visual PSV SPM 2011.
Objektif/Hasil pembelajaran -memahami kehendak tugasan Kajian Rekaan Seni Visual.
Aras 1-mengumpul maklumat dan membuat interpretasi bagi melaksanakan tugasan portfolio.
Aras 2-mengetahui kehendak soalan membincang secara terperinci spesifikasi tajuk-tajuk tugasan.
Aktiviti 1.penjelasan aspek lakaran idea.
-media, teknik, tujuan membuat lakaran idea dan langkah-langkah membuat lakaran.
BBM gambar kapal layar, gambar cawan dan piring, contoh kad 3D.
Refleksi pelajar dapat melukis lakaran seperti yang diterangkan. Kebanyakan pelajar menggunakan pensil 2B. Guru menggalakan pelajar menggunakan pensil 4B/7B. Jumlah lakaran masih kurang perlu ditambah lagi.

Hari/Tarikh Rabu(23.3.2011)
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit.
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual. kajian rekaan seni visual PSV SPM 2011.
Objektif/hasil pembelajaran Memahami kehendak tugasan kajian rekaan seni visual.
Aras 1- mengumpul maklumat dan membuat interpretasi bagi melaksanakan tugasan portfolio.
Aras 2-mengetahui kehendak soalan membincangkan secara terperinci spesifikasi tajuk-tajuk tugasan.
Aktiviti Pembelajaran 1. pelajar menyambung aktiviti membuat lakaran mengikut soalan tugasan pilihan masing-masing.
2.guru memberi penerangan kepada kumpulan pelajar yang memilih tugasan 1-reka bentuk hiasan dalaman. Menjelaskan lukisan pelan lantai, fungsi, cara menghasilkan lukisan menggunakan skala.

BBM buku rujukan PSV SPM,contoh lukisan pelan lantai.
Refleksi memahami cara membuat lukisan pelan lantai. aktiviti membuat lukisan pelan lantai akan disambung pada hari Jumaat 25.3.2011

Hari/Tarikh Rabu (23.3.2011)
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Lukisan:lakaran kenit/sketch menggunakan media pen teknikal dan pensil
Objektif/Hasil Pembelajaran 1.pelajar dapat membuat lakaran kenit dengan cepat dan ringkas.
2.pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam mengawal media seperti pen teknikal..
Aktiviti Pembelajaran 1.penjelasan tajuk pembelajaran-maksud,fungsi ,media.
2.pelajar dibawa keluar bilik seni dan membuat pemerhatian terhadap objek yang terdapat dipersekitaran.
3.pelajar membuat lakaran /sketch.
BBM pen teknikal,pensil,blok lukisan,buku rujukan seni visual stpm..
Refleksi pelajar kurang keyakinan untuk menggunakan pen dalam membuat lakaran. Aktiviti disambung ke hari berikutnya. Jumlah lakaran masih tidak mencukupi.

Hari/Tarikh Khamis/24.3.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Lukisan: lakaran kenit/sketch menggunakan media pen teknikal
Objektif/hasil pembelajaran 1.pelajar dapat membuat lakaran kenit sekurang-kurangnya 30 objek dengan menggunakan pen teknikal.
aktiviti pembelajaran 1.sambungan aktiviti membuat lakaran kenit dengan menggunakan pen teknikal.
BBM pen teknikal, blok lukisan, buku rujukan seni visual stpm.
Refleksi pelajar lebih mahir menggunakan media pensil berbanding dengan media pen teknikal. pelajar begitu berhati-hati ketika menggunakan pen teknikal menjadi kerja lakaran amat perlahan.

Hari/Tarikh Jumaat/25.3.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual. kajian rekaan seni visual PSV SPM 2011.
Objektif/hasil pemeblajaran Memahami kehendak tugasan kajian rekaan seni visual.
Aras 1- mengumpul maklumat dan membuat interpretasi bagi melaksanakan tugasan portfolio.
Aras 2-mengetahui kehendak soalan membincangkan secara terperinci spesifikasi tajuk-tajuk tugasan.
aktiviti pembelajaran 1.sambungan membuat lakaran mengikut soalan yang telah dipilih.
2.pelajar-pelajar yang memilih soalan hiasan dalaman. Membincangkan reka letak,pencahayaan dan pengudaraan sebelum membuat lukisan pelan lantai bersama guru.
BBM majalah hiasan dalaman, buku rujukan PSV SPM,
refleksi

1 comment:

  1. Terima kasih kerana telah melengkapkan blog rph untuk disemak.
    Blog puan kemas dan lengkap.

    Sila kekalkan usaha murni ini untuk kemajuan bangsa Malaysia.

    ReplyDelete