RPH KARTINI SAHAMAT

Monday, May 9, 2011

RPH MINGGU KE 18(3.5.2011 HINGGA 6.5.2011)

Hari/Tarikh: Isnin 2.5.2011
Perkara: Cuti Umum Hari Pekerja

Hari/Tarikh: Selasa 3.5.2011
Tingkatan: 6AK5
Mata Pelajaran: Seni Visual
Masa: 70 minit
Unit Pembelajaran: Ulangkaji Kertas Teori-Arca.
Obj/Hasil Pembelajaran: Pelajar dapat memberi isi yang tepat dengan soalan yang
dikemukakan .
Aktiviti Pembelajaran: 1.mengedar kertas latihan ulangkaji kepada pelajar.
2.menjelaskan kehendak soalan kepada pelajar.
3.pelajar menjawab 3 soalan struktur dan satu
soalan esei.
BBM: Lembaran kertas soalan bercetak.Buku rujukan seni visual
STPM.
Refleksi: Pelajar merujuk nota dan buku rujukan seni visual STPM
Untuk mendapatkan jawapan.Soalan esei tidak sempat
Disiapkan di dalam kelas dan dijadikan sebagai kerja rumah.

Hari/Tarikh: Rabu 4.5.2011
Tingkatan: 5K3
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual.
Masa: 70 minit.
Unit Pembelajaran: portfolio seni visual(KRSV) PSV SPM 2011.
Obj/hasil pembelajaran:pelajar memahami proses penghasilan portfolio KRSV
adalah berdasarkan arahan bukti kajian yang spesifik.
Aras 2-membuat lakaran dan lukisan berdasarkan arahan
bukti kajian yang spesifik.
-membuat olahan secara kreatif dan kritis.

Aktiviti Pembelajaran: 1.pelajar meneruskan aktiviti membuat lakaran olahan.
2.pelajar memilih salah satu dari lakaran olahan sebagai
Lakaran hasil akhir. Guru mengarahkan pelajar membuat kajian
Warna bagi lakaran akhir yang telah dipilih.
3. Guru menerangkan dan menunjukkan contoh kumpulan warna
Kepada pelajar.
BBM: Buku rujukan PSV SPM,Buku Rujukan Harmoni Color 2.Portfolio Pelajar.
Refleksi: Hanya 2 orang pelajar yang telah memasuki ke bahagian kajian warna.

Hari/Tarikh: Rabu 4.5.2011
Tingkatan: 6AK5.
Mata Pelajaran: Seni Visual
Masa: 70 minit
Unit Pembelajaran: Latihan Ulangkaji(Teori)Bidang seni cetakan timbul.
Obj/Hasil Pembelajaran:1.Pelajar dapat menyatakan isi penting berserta huraian
Yang tepat.
Aktiviti Pemebalajaran:1.penjelasan semula seni cetakan kepada pelajar.
2. pelajar diminta membuat perbandingan antara seni cetakan kayu
Dan cetakan saring sutera,dari segi kelebihan dan kelemahannya.
(perbincangan kumpulan)
3. wakil kumpulan membentang hasil dari perbincang di hadapan kelas.
4.ulasan dari guru.
BBM: Buku rujukan seni visual STPM.
Refleksi: pembentangan berjalan dengan baik.namun ada kumpulan
Yang hanya dapat memberi isi penting tapi kurang huraian.


Hari/Tarikh: Khamis 5.5.2011
Tingkatan: 6AK5
Mata pelajaran: Seni Visual
Masa: 70 minit
Unit Pembelajaran: Latihan ulangkaji:bidang seni cetak.
Obj/Hasil Pembelajaran:pelajar dapat menjawab soalan esei dengan memberi isi
Penting dan huraian sekali.
Aktiviti Pembelajaran:1.guru mengemukakan soalan esei dan pelajar mencatat tajuk
Soalan.”Seni cetakan konvensional lebih banyak kelemahannya
Berbanding seni cetak moden(computer).Berikan pendapat anda.
2.Pelajar berbincang dengan rakan untuk mendapatkan isi yang tepat.
3.pelajar menjawab soalan secara bertulis.
BBM: Buku rujukan seni visual STPM.
Refleksi: hanya sebahagian yang telah siap menjawab soalan esei secara
Bertulis. Sebahagian yang lain akan menghantar pada hari esok.

Hari/Tarikh: Jumaat 6.5.2011
Tingkatan: 5K3
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual
Masa: 70 minit.
Unit Pembelajaran: Ulangkaji kuiz bertulis: Sumbangan organisasi dalam perkembangan
Seni visual di Malaysia.
Obj/hasil pembelajaran:1.pelajar dapat menjawab soalan objektif yang diberi
Dengan tepat.
Aktiviti Pembelajaran:1.pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan.
2.guru menerangkan cara aktiviti dijalankan.
3.guru mengedar soalan bercetak kepada setiap kumpulan.
4.setiap ahli kumpulan berbincang dan merujuk buku-buku
Seni visual untuk mendapatkan jawapan.
5.pengumuman jawapan oleh guru.
BBM: Soalan bercetak,buku-buku seni visual.
Refleksi: Aktiviti belajar sambil bermain ini dapat menarik minat
Dan tumpuan pelajar terhadap P&P.

No comments:

Post a Comment