RPH KARTINI SAHAMAT

Sunday, May 1, 2011

RPH MINGGU KE 17 (26.4 HINGGA 29.4.2011)

CUTI PERISTIWA EASTER MONDAY(HARI ISNIN: 25.4.2011)

Hari/Tarikh:Selasa 26.4.2011
Tingkatan: 5K3
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual
Masa: 70 minit
Unit Pembelajaran: Penyemakan kerja kursus seni visual tingkatan 5(SPM)
Objektif/Hasil Pembelajaran: Memahami proses penghasilan portfolio KRSV
adalah berdasarkan arahan bukti kajian yang spesifik.
Aktiviti Pembelajaran: 1.guru membuat penyemakan kepada setiap calon
sambil memberi bimbingan dan markah fasa pertama
kepada pelajar.
2.pelajar meneruskan aktiviti mempersiapkan folio masing-masing.
BBM; Folio calon,kertas soalan KRSV Tingkatan 5 2011.
Refleksi: Hasil dari penyemakan ini beberapa orang calon telah mengubahsuai
bahagian lakaran olahan untuk tujuan penambahbaikan kajian kerana
lakaran olahan kurang menampakkan perkembangan,perbezaan dan kretiviti .


Hari/Tarikh: Rabu(27.4.2011)
Tingkatan: 5K3
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual
Masa: 70 minit
Unit Pembelajaran: Latihan soalan amali: tema fantasi sekumpulan
makhluk asing menyerang kawasan sekolah anda.
Objektif/Hasil Pembelajaran: Aras 2-menghasilkan lukisan secara
terancang-idea,proses,penghasilan,olahan karya.
Aktiviti Pembelajaran :1.penjelasan kehendak soalan kepada pelajar.
2.perbincangan dengan pelajar-imej makhluk asing dan
kapal angkasa dan Menunjuk contoh imej dari buku komik.
3.secara berpasangan pelajar mencuba mereka imej
makhluk asing dan kapal angkasa .
4.menunjukkan hasil lakaran dan mendengar pandangan
kawan-kawan lain.
BBM: Majalah komik,buku rujukan seni visual SPM
Refleksi: Hanya 3 kumpulan yang dapat melakar imej kapal angkasa
dan makhluk asing.aktiviti bersambung kehari berikutnya.


Hari/Tarikh: Rabu(27.4.2011)
Tingkatan: 6AK5
Mata Pelajaran: Seni Visual
Masa: 70 minit
Unit Pembelajaran: Latihan amali: lukisan bertemakan sayuran
dari kampung.
Objektif/Hasil Pembelajaran.:1.pelajar dapat memahami bahasa seni visual
dalam penghasilan lukisan .Mengamati bentuk, skala
dan kadar banding, pencahayaan serta struktur.
Aktiviti Pembelajaran 1.penyediaan set lukisan-sayur paku-pakis dan bakul.
2.penjelasan teknik lukisan kepada pelajar.
3.pengamatan terhadap objek.
BBM:Satu ikat sayur paku pakis dan sebuah bakul plastik.
Refleksi: Lukisan masih perlu diperincikan lagi dengan member jalinan
pada daun paku-pakis.



Hari/Tarikh: Khamis( 28.4.2011)
Tingkatan: 6AK5
Mata Pelajaran: Seni Visual
Masa: 70 minit
Unit Pembelajaran: Latihan amali: lukisan bertemakan
sayuran dari kampung.
Objektif/Hasil Pembelajaran: 1.pelajar dapat memahami bahasa seni visual
dalam penghasilan lukisan .Mengamati bentuk,
skala dan kadar banding, pencahayaan serta struktur.
Aktiviti Pembelajaran :1.sambungan aktiviti melukis.Pelajar membuat penelitian
dan memperincikan lagi lukisan.
2.mewarna lukisan.
BBM: Oil pastel,pensil warna,lakaran lukisan.
Refleksi: Kerja belum lengkap sepenuhnya dan para pelajar
diminta menyambung aktiviti dimewarna lukisan dirumah.


Hari/Tarikh: Jumaat( 29.4.2011)
Tingkatan: 5K3
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual
Masa: 70 minit
Unit Pembelajaran: Latihan soalan amali: tema fantasi sekumpulan
makhluk asing menyerang kawasan sekolah anda.
Objektif/Hasil Pembelajaran: Aras 2-menghasilkan lukisan secara
terancang-idea,proses,penghasilan,olahan karya.

Aktiviti Pembelajaran :1.Sambungan aktiviti melukis imej makhluk asing
dan kapal angkasa. Pelajar diberi komik kartun
sebagai rujukan.
Kumpulan yang telah siap membantu membimbing
rakan-rakan yang masih ketandusan idea.
2.sesi memberi pandangan keatas hasil kerja rakan-rakan.

BBM: Majalah komik,buku rujukan seni visual SPM.
Refleksi: Semua pelajar menyiapkan lakaran yang diberi.
tidak ramai pelajar yang berani untuk memberi pandangan terhadap
lakaran yang telah dihasilkan oleh rakan-rakan mereka.

No comments:

Post a Comment