RPH KARTINI SAHAMAT

Thursday, April 14, 2011

RPH MINGGU KE 15.(11.4.2011 hingga 15.4.2011)

Hari/Tarikh Isnin /11.4.2011
Tingkatan 6AK5
Mata pelajaran Seni Visual
Masa 1 jam 20 minit.
Unit Pembelajaran Bab 3: Lakaran
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
-Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian ,keperluan dan pendekatan penyelidikan yang sesuai supaya pelajar dapat mengcungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual.
Aktiviti Pemeblajaran 1. Penerangan dari guru lakaran pengolahan perkembangan idea. Penekanan kepada gabungan lakaran awal iaitu rupa, huruf dan komposisi,iaitu susunletak rupa dan huruf.
2.guru menunjuk contoh lakaran perkembangan idea
3.pelajar meneruskan aktiviti membuat lakaran olahan sebanyak yang mungkin dan merujuk buku-buku katalog pameran seni visual. Menggunakan media pensil dan pen teknikal.
BBM buku rujukan seni STPM,buku katalog pameran Gerak Rasa, Insyirah dan pameran catan Menerusi Mata Kami.
Refleksi lakaran perkembangan idea masih belum mencukupi, pelajar diminta membuat sekurang-kurangnya 20/30 lakaran olahan perkembangan idea.

Hari/Tarikh Selasa/12.4.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual: Cetakan
Objektif/Hasil Pembelajaran Memahami proses, gubahan dan fungsi seni visual serta berkomunikasi dalam semua bidang seni berkaitan.

Aras 1-Menginterpretasi maklumat yang akan digunakan dalam penghasilan kerja.

Aras 2-Membanding beza jenis komunikasi visual.

Aktiviti Pembelajaran 1.Penerangan tajuk pembelajaran.
2.menunjukkan alat bahan dalam cetakan saring sutera.
3. penerangan langkah-langkah membuat cetakan saring sutera.
BBM profilem, kain saring sutera,pemidang.
Refleksi pelajar telah mengenali alat dan bahan dalam cetakan saring sutera.

Hari/Tarikh Rabu/13.4.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Lukisan: Pengunaan Media Oil Pastel.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar diharap dapat :-
mengamati bentuk,skala dan kadar banding ,pencahayaan serta struktur.
menampakkan semua objek dengan jelas dan mendapat komposisi yang menarik.
Aktiviti Pembelajaran 1.menyediakan set sarapan pagi.
2.menjelaskan langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum dan selepas melukis.
3.pelajar membuat aktiviti amali(pemerhatian dan melukis)
BBM Roti bantal,jem,sudu, piring,sekotak tisu.
Refleksi kadar banding subjek kurang tepat,pelajar diminta memerhati dan mengukur dengan teliti. aktiviti mewarna disambung ke hari berikutnya.

Hari/Tarikh Khamis/ 14.4.2011
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Mata Pelajaran Seni Visual
Unit Pembelajaran Lukisan: Pengunaan Media Oil Pastel.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar diharap dapat :-
mengamati bentuk,skala dan kadar banding ,pencahayaan serta struktur.
-menampakkan semua objek dengan jelas dan mendapat komposisi yang menarik.
-menggunakan 3 tona untuk menimbulkan form.
Aktiviti Pembelajaran 1.pengemaskiniaan lakaran subjek.
2.penerangan teknik mewarna subjek dihadapan dan di belakang oleh guru.
3.amali mewarna oleh pelajar.
BBM media oil pastel,roti bantal,piring,sudu,kotak tisu,botol jem.
Refleksi kerja mewarna belum siap sepenuhnya dan dibawa balik sebagai kerja rumah.

Hari/Tarikh Jumaat/15.4.2011
Tingkatan 5K3
Masa70 minit
Mata PelajaranPendidikan Seni Visual
Unit PembelajaranPenghasilan Seni Visual: Cetakan
Objektif/Hasil PembelajaranMemahami proses, gubahan dan fungsi seni visual serta berkomunikasi dalam semua bidang seni berkaitan.

Aras 1-Menginterpretasi maklumat yang akan digunakan dalam penghasilan kerja.

Aras 2-memahami cara membuat kemasan.

Aktiviti Pembelajaran1.pembahagian kumpulan dan setiap kumpulan disediakan alat bahan cetakan saring sutera yang telah lengkap dengan imej.
2.penerangan dan tunjuk cara kerja mencetak dan proses kemasan selepas mencetak.
3.aktiviti membuat cetakan secara kumpulan.
4.kumpulan yang telah siap mencetak perlu membersihkan peralatan yang telah digunakan.
5.rumusan -guru memberi ulasan terhadap hasil cetakan setiap kumpulan.
BBMskrin cetakan saring sutera,sekuji, kertas suratkhabar,pewarna.
Refleksipelajar memahami teknik pengemasan hasil cetakan.

1 comment:

  1. Sila lengkapkan Refleksi untuk RPH 5K3 pada 15.04.11.
    Sila semak juga perkataan-perkataan berikut:
    (i) mengcungkil - RPH 6AK5 pada 11.04.11
    (ii) pengunaan - RPH 5K3 pada 08.04.11

    Tambahkan lagi usaha cikgu. Terima kasih.

    htchong

    ReplyDelete