RPH KARTINI SAHAMAT

Sunday, April 24, 2011

RPH MINGGU KE 16 (18.4. HINGGA 21.4.2011)

Hari/Tarikh Isnin /18.4.2011
Tingkatan 6AK5
Masa 4 waktu.
Mata pelajaran Seni Visual
Unit Pembelajaran Penyediaan Portfolio dan hasil karya: Lakaran dan olahan.
Objektif/Hasil Pembelajaran -pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan .
-pendedahan kepada peajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan penyeldikan yang sesuai supaya dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual.
Aktiviti Pembelajaran 1membuat lakaran dan olahan perkembangan idea menggunakan media pensil dan pen teknikal sebanyak 30 lakaran.
2.merakam gambar pelajaryang sedang membuat lakaran bersama sebahagian hasil lakaran sebagai memenuhi syarat dalam menghasilkan kerjakursus.
BBM kamera digital,gambar foto,pensil,pen teknikal.
Refleksi masih ada 5 orang pelajar yang belum diambil gambar proses kerja mereka.

Hari/Tarikh Selasa/19.4.2011
Tingkatan 5AK3
Masa 70 minit
Mata Pelajaran Seni Visual
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual: Komunikasi Visual (Rekabentuk grafik)
Objektif/Hasil Pembelajaran -Memahami proses merekabentuk identiti korporat.
-mengaplikasi asas senireka secara kritis dan kreatif dalam pencarian idea serta penghasilan karya seni.
Aktiviti Pembelajaran 1.penjelasan makna dan fungsi identiti korporat.
2.pemberian nota bertulis.
3.penerangan latihan amali yang akan dibuat pada hari berikutnya.
BBM buku rujukan seni visual SPM, contoh kad nama perniagaan,sampul surat.
Refleksi pelajar bersedia dengan aktiviti amali hari Rabu 20.4.2011.

Hari/Tarikh Rabu/20.4.2011
Tingkatan 5K3
Masa 70 minit
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual: Komunikasi Visual (Rekabentuk grafik)
Objektif/Hasil Pembelajaran -Memahami proses merekabentuk identiti korporat.
-mengaplikasi asas senireka secara kritis dan kreatif dalam pencarian idea serta penghasilan karya seni.
Aktiviti Pembelajaran 1.menunjukkan contoh identiti korporat yang ada .
2.penjelasan langkah-langkah menghasilkan logo dan kad nama identiti korporat.
3.merekacipta logo syarikat pembekal alat sukan secara berpasangan.Setiap ahli digalakan membuat perbincangan dan membuat bebrapa lakaran.
BBM set identiti korporat, carta langkah-langkah merekabentuk logo,buku rujukan SPM.
Refleksi logo belum siap direkabentuk,pelajar masih diperingkat membuat perbincangan dan beberapa lakaran ringkas.Sambung ke minggu 17.

Hari/Tarikh Rabu/20.4.2011
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Mata Pelajaran Seni Visual.
Unit Pembelajaran Penyediaan Portfolio dan hasil karya: Lakaran dan olahan.
Objektif/Hasil Pembelajaran -pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan .
-pendedahan kepada peajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan penyeldikan yang sesuai supaya dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.sambungan aktiviti membuat lakaran olahan menggunakan media pen teknikal dan pensil.
2.merakam gambar beberapa orang pelajar yang sedang dalam proses menghasilkan kerja-kerja lakaran olahan.
BBM gambar foto,buku rujukan seni visual STPM,kamera digital,pen teknikal, pensil.
Refleksi masih ada 2 lagi pelajar yang belum dirakam gambar kerja proses mereka.

Hari/Tarikh Khamis/21.4.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit pembelajaran Penyediaan Portfolio dan hasil karya: Lakaran dan olahan.
Objektif/Hasil Pembelajaran -pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan .
-pendedahan kepada peajar tentang pengertian, keperluan dan pendekatan penyeldikan yang sesuai supaya dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.menyemak lakaran olahan setiap pelajar.
2. bagi pelajar yang belum cukup jumlah lakaran olahan diteruskan dengan aktiviti melakar .
3.pelajar yang telah cukup lakaran olahan subjek matter diteruskan dengan lakaran mukataip.
4.meneruskan aktiviti merakam gambar pelajar yang sedang membuat lakaran menggunakan media pen dan pensil.
BBM gambar foto, buku rujukan seni visual STPM.
Refleksi lakaran huruf pelajar kurang kemas cikgu memberi beberapa teknik melukis dengan kemas dan tepat.

HARI JUMAAT 22.4.2011 GOOD FRIDAY CUTI UMUM.

Thursday, April 14, 2011

RPH MINGGU KE 15.(11.4.2011 hingga 15.4.2011)

Hari/Tarikh Isnin /11.4.2011
Tingkatan 6AK5
Mata pelajaran Seni Visual
Masa 1 jam 20 minit.
Unit Pembelajaran Bab 3: Lakaran
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
-Pendedahan kepada pelajar tentang pengertian ,keperluan dan pendekatan penyelidikan yang sesuai supaya pelajar dapat mengcungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual.
Aktiviti Pemeblajaran 1. Penerangan dari guru lakaran pengolahan perkembangan idea. Penekanan kepada gabungan lakaran awal iaitu rupa, huruf dan komposisi,iaitu susunletak rupa dan huruf.
2.guru menunjuk contoh lakaran perkembangan idea
3.pelajar meneruskan aktiviti membuat lakaran olahan sebanyak yang mungkin dan merujuk buku-buku katalog pameran seni visual. Menggunakan media pensil dan pen teknikal.
BBM buku rujukan seni STPM,buku katalog pameran Gerak Rasa, Insyirah dan pameran catan Menerusi Mata Kami.
Refleksi lakaran perkembangan idea masih belum mencukupi, pelajar diminta membuat sekurang-kurangnya 20/30 lakaran olahan perkembangan idea.

Hari/Tarikh Selasa/12.4.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual: Cetakan
Objektif/Hasil Pembelajaran Memahami proses, gubahan dan fungsi seni visual serta berkomunikasi dalam semua bidang seni berkaitan.

Aras 1-Menginterpretasi maklumat yang akan digunakan dalam penghasilan kerja.

Aras 2-Membanding beza jenis komunikasi visual.

Aktiviti Pembelajaran 1.Penerangan tajuk pembelajaran.
2.menunjukkan alat bahan dalam cetakan saring sutera.
3. penerangan langkah-langkah membuat cetakan saring sutera.
BBM profilem, kain saring sutera,pemidang.
Refleksi pelajar telah mengenali alat dan bahan dalam cetakan saring sutera.

Hari/Tarikh Rabu/13.4.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Lukisan: Pengunaan Media Oil Pastel.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar diharap dapat :-
mengamati bentuk,skala dan kadar banding ,pencahayaan serta struktur.
menampakkan semua objek dengan jelas dan mendapat komposisi yang menarik.
Aktiviti Pembelajaran 1.menyediakan set sarapan pagi.
2.menjelaskan langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum dan selepas melukis.
3.pelajar membuat aktiviti amali(pemerhatian dan melukis)
BBM Roti bantal,jem,sudu, piring,sekotak tisu.
Refleksi kadar banding subjek kurang tepat,pelajar diminta memerhati dan mengukur dengan teliti. aktiviti mewarna disambung ke hari berikutnya.

Hari/Tarikh Khamis/ 14.4.2011
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Mata Pelajaran Seni Visual
Unit Pembelajaran Lukisan: Pengunaan Media Oil Pastel.
Objektif/Hasil Pembelajaran Pelajar diharap dapat :-
mengamati bentuk,skala dan kadar banding ,pencahayaan serta struktur.
-menampakkan semua objek dengan jelas dan mendapat komposisi yang menarik.
-menggunakan 3 tona untuk menimbulkan form.
Aktiviti Pembelajaran 1.pengemaskiniaan lakaran subjek.
2.penerangan teknik mewarna subjek dihadapan dan di belakang oleh guru.
3.amali mewarna oleh pelajar.
BBM media oil pastel,roti bantal,piring,sudu,kotak tisu,botol jem.
Refleksi kerja mewarna belum siap sepenuhnya dan dibawa balik sebagai kerja rumah.

Hari/Tarikh Jumaat/15.4.2011
Tingkatan 5K3
Masa70 minit
Mata PelajaranPendidikan Seni Visual
Unit PembelajaranPenghasilan Seni Visual: Cetakan
Objektif/Hasil PembelajaranMemahami proses, gubahan dan fungsi seni visual serta berkomunikasi dalam semua bidang seni berkaitan.

Aras 1-Menginterpretasi maklumat yang akan digunakan dalam penghasilan kerja.

Aras 2-memahami cara membuat kemasan.

Aktiviti Pembelajaran1.pembahagian kumpulan dan setiap kumpulan disediakan alat bahan cetakan saring sutera yang telah lengkap dengan imej.
2.penerangan dan tunjuk cara kerja mencetak dan proses kemasan selepas mencetak.
3.aktiviti membuat cetakan secara kumpulan.
4.kumpulan yang telah siap mencetak perlu membersihkan peralatan yang telah digunakan.
5.rumusan -guru memberi ulasan terhadap hasil cetakan setiap kumpulan.
BBMskrin cetakan saring sutera,sekuji, kertas suratkhabar,pewarna.
Refleksipelajar memahami teknik pengemasan hasil cetakan.

Thursday, April 7, 2011

RPH MINGGU KE 14.( 4.4.HINGGA 8.4.2011)

Hari/Tarikh Isnin/4.4.2011
Tingkatan 6AK5
Mata pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penterjemahan idea;-
a.permasalahan visual.
b.penzahiran idea.
Objektif/Hasil Pembelajaran pelajar diharapkan dapat:-
1.memahami penterjemahan idea proses penghasilan dalam pengkaryaan dan perekaan.
2.menyedari penzahiran idea melibatkan aktiviti membuat thumbnail,lakaran kasar dan lakaran akhir.
Aktiviti Pembelajaran 1.penerangan pelajaran.
2.perbincangan permasalahan rekabentuk
3.menunjukkan contoh-contoh lakaran.
BBM contoh lakaran thumbnail,contoh projek penghasilan karya calon STPM.
Refleksi pelajar memahami tujuan lakaran kasar dilakukan dan pada peringkat ini kekemasan lakaran kurang diutamakan sebaliknya lebih kepada sebanyakmana pelajar dapat menzahirkan idea-idea yang dapat direka.

Hari/Tarikh Isnin /4.4.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penterjemahan idea;-
a.permasalahan visual.
b.penzahiran idea.
Objektif/Hasil Pembelajaran pelajar diharapkan dapat:-
1.memahami penterjemahan idea proses penghasilan dalam pengkaryaan dan perekaan.
2.menyedari penzahiran idea melibatkan aktiviti membuat thumbnail,lakaran kasar dan lakaran akhir.
Aktiviti Pembelajaran 1.sambungan aktiviti melihat lakaran calon stpm terdahulu.(CD)
2.sambungan membuat lakaran kasar mengikut tema kajian kerja kursus yang telah dipilih.
BBM CD contoh kerja calon STPM terdahulu, merujuk gambar dari majalah dan buku yang berkiatan dengan tema kajian masing-masing.
Refleksi pelajar telah menghasilkan lakaran menggunakan pensil dan pen teknikal. Guru mengingatkan pelajar supaya menambahkan lagi lakaran awal.

Hari/Tarikh Selasa/5.4.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual: Kajian rekaan Seni Visual-PSV SPM 2011.(Penghasilan Portfolio)
Objektif/Hasil Pembelajaran Memahami proses penghasilan portfolio KRSV adalah berdasarkan arahan bukti kajian yang spesifik.
Aras 3-menyediakan persembahan grafik dan isi kandungan portfolio secara sistematik dan teratur.
Aktiviti Pembelajaran 1.lakaran awal imej.
2.lakaran olahan imej.
BBM gambar foto, buku rujukan, majalah.
Refleksi lakaran awal imej subjek yang dipilih telah pun dibuat oleh semua pelajar.

Hari/Tarikh Rabu/6.4.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penterjemahan idea;-
a.permasalahan visual.
b.penzahiran idea.
Objektif/Hasil Pembelajaran pelajar diharapkan dapat:-
1.memahami penterjemahan idea proses penghasilan dalam pengkaryaan dan perekaan.
2.menyedari penzahiran idea melibatkan aktiviti membuat thumbnail,lakaran kasar dan lakaran akhir.
Aktiviti Pembelajaran 1.sambungan membuat lakaran awal dengan menggunakan media pen teknikal dan pensil.
2.menunjukkan contoh karya-karya pelukis Malaysia yang menggunakan teknik hardedge .
BBM buku rujukan STPM, gambar foto, CD contoh lakaran pelajar tahun-tahun lepas.
Refleksi lakaran awal semakin bertambah dari segi kuantiti dan kepelbagaian rupa geometrik telah dihasilkan oleh pelajar.

Hari/Tarikh Rabu/6.4.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual.Kajian Rekaan Seni Visual PSV SPM 2011.(Penghasilan Portfolio)
Objektif/Hasil Pembelajaran Memahami proses penghasilan portfolio KRSV adalah berdasarkan arahan bukti kajian yang spesifik.
Aras 3-menyediakan persembahan grafik dan isi kandungan portfolio secara sistematik dan teratur.
Aktiviti pembelajaran 1.lakaran olahan motif yang telah dipilih.
2.penilaian awal
BBM gambar foto, gambar rajah contoh olahan motif
Refleksi selepas penilaian awal para pelajar diminta membuat penambahan untuk olahan. kebanyakan olahan yang dibuat tidak menampakan kepelbagaian mahupun perbezaan (penilaian awal baru siap separuh dari jumlah pelajar)

Hari/Tarikh Khamis/7.4.2011
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penterjemahan idea;-
a.permasalahan visual.
b.penzahiran idea.
Objektif/Hasil Pembelajaran pelajar diharapkan dapat:-
1.memahami penterjemahan idea proses penghasilan dalam pengkaryaan dan perekaan.
2.menyedari penzahiran idea melibatkan aktiviti membuat thumbnail,lakaran kasar dan lakaran akhir.
Aktiviti Pembelajaran 1.sambungan membuat lukisan realistik subjek matter yang dijadikan imej kajian .
2.tunjuk contoh lukisan realistik calon stpm tahun lepas.
BBM gambar foto, CD karya pelajar STPM tahun lepas, contoh lukisan realistik.
Refleksi pelajar dapat merancang media dan bahagian-bahagian subjek matter yang hendak dilukiskan selepas melihat CD calon stpm tahun lepas.

Hari/tarikh Jumaat/8.4.2011
Tingkatan 5K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Penghasilan Seni Visual.Kajian Rekaan Seni Visual PSV SPM 2011.(Penghasilan Portfolio)
Objektif/Hasil pembelajaran Memahami proses penghasilan portfolio KRSV adalah berdasarkan arahan bukti kajian yang spesifik.
Aras 3-menyediakan persembahan grafik dan isi kandungan portfolio secara sistematik dan teratur.
Aktiviti Pembelajaran 1.sambungan aktiviti membuat lakaran olahan
2.sambungan penilaian awal kepada sebahagian lagi pelajar.
BBM gambar foto, gambar rajah contoh olahan motif.
Refleksi lakaran yang kurang kemas,kurang pengunaan pelbagai jenis garisan diubah dan dipertambahbaikkan. pelajar dicadang menggunakan pensil 5B.7B untuk lakaran olahan.