RPH KARTINI SAHAMAT

Thursday, March 11, 2010

RPH 8,9 DAN 10 2010

MINGGU 7:- 15/2/2010-21/2/2010 CUTI TAHUN BARU CINA DAN CUTI MAULIDUR RASUL.


Minggu/Tarikh minggu 8/22.2.2010
Hari Isnin
Mata Pelajaran Seni Visual 2
Tingkatan 6AK5
Masa 70 Minit
Bidang Apresiasi Seni Visual
Unit Pembelajaran .Lukisan:-Penggubahan mewujudkan kesan suasana panas dan riang.
Hasil Pembelajaran pelajar diharap dapat mengetahui suasana menunjukkan kepada kesan gubahan dalam penghasilan lukisan.
Aktiviti Pembelajaran 1.pengenalan isi pembelajaran.
2.peranan warna dan ton dalam mewujudkan suasana panas dan riang.
3.contoh -contoh catan yang menunjukkan suasana panas dan riang.
BBM buku rujukan seni visual SPM dan STPM , contoh-contoh catan.
Penerapan Nilai kesungguhan dan kepekaan kepada persekitaran.
Refleksi pengalaman sedia ada dalam kajian warna dan teknik oil pastel membantu pelajar memahami peranan warna panas untuk mewujudkan suasana riang dan panas.

Tarikh/Hari 23.2.2010/Selasa
Mata Pelajaran Seni Visual 1
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Bidang Apresiasi Seni Visual
Unit Pembelajaran Penyediaan Portfolio dan hasil karya:Pengkaryaan-penentuan tema.
Hasil Pembelajaran -pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
-pendedahan kepada pelajar tentang pengertian , keperluan dan pendekatan penyelidikan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual.
Aktiviti Pembelajaran 1perbincangan.mengenal pasti tema tugasan secara terperinci:-
-soalan 1-dunia digital dan nilai kemanusiaan.cari definisi ,kebaikan dunia digital dan keburukannya kepada manusia.
-soalan 3-seni grafik dalam identiti korporat dan seni kraf tempatan.cari definisi ,peranan IK , jenis kraf tempatan.
-soalan 4-seni hiasan dalaman.


BBM kertas soalan kerja kursus stpm 2010, keratan akhbar, buku rujukan seni grafik dan buku tekstile tempatan (Dr Siti Zainon)
Penerapan Nilai ketelitian dan kerajinan
Refleksi soalan 4 tidak sempat dibincangkan. sambung pada hari berikutnya. Calon soalan 1 dan 3 memberi respon yang baik untuk menyambung pencarian maklumat mengikut tema masing-masing.

Tarikh/hari 24.2.2010/Rabu
Mata Pelajaran Seni Visual 1
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Bidang Apresiasi seni visual
Unit Pembelajaran Penyediaan Portfolio dan hasil karya:Pengkaryaan-penentuan tema
-kajian dan penyelidikan.
Hasil pembelajaran -pelajar seharusnya mengetahui karya perlu dihasilkan berdasarkan disiplin pengkaryaan.
-pendedahan kepada pelajar tentang pengertian , keperluan dan pendekatan penyelidikan yang sesuai supaya pelajar dapat mencungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual.
Aktiviti Pembelajaran 1.membincangkan soalan 4-seni hiasan dalaman dan budaya tempatan-budaya melayu,budaya cina, budaya india dan budaya kaum peribumi di Sarawak seperti iban dan bidayuh.
BBM kertas soalan kerja kursus seni visual,majalah hiasan dalaman.
Penerapan Nilai kekemasan dan kebersihan.
Refleksi pelajar memahami maksud budaya tempatan di Malaysia.Sesi pembentangan hasil pemgumpulan maklumat akan dibuat pada suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Tarikh/hari 25.2.2010/Khamis
Mata Pelajaran Seni Visual 2
Tingkatan 6AK5
Masa 70 minit
Bidang Apresiasi Seni Visual
Unit Pembelajaran Lukisan:-Penggubahan mewujudkan kesan suasana sejuk dan tenteram.
Hasil Pembelajaran pelajar diharap dapat mengetahui suasana menunjukkan kepada kesan gubahan dalam penghasilan lukisan.
Aktiviti Pembelajaran 1.pengenalan isi pembelajaran.
2.peranan warna dan ton dalam mewujudkan suasana sejuk dan tenteram
3.contoh -contoh catan yang menunjukkan suasana sejuk dan tenteram.
BBM buku rujukan seni visual SPM dan STPM , contoh-contoh catan.
Penerapan Nilai kesungguhan dan kepekaan kepada persekitaran.
Refleksi .pelajar telah dapat mengaitkan jenis warna dan kesannya pada sesuatu objek atau suasana landskap.


Minggu/Tarikh 5/ 23.2.2010
Hari Selasa
Tingkatan 4K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Bidang Penghasilan Seni Visual.
Unit Pembelajaran catan: Landskap sekolah
Hasil pembelajaran Aras 1-Menginterpretasikan maklumat yang akan digunakan dalam penghasilan karya.
Aras 2-menghasilkan catan secara terancang-idea,proses penghasilan,olahan karya.

Aktiviti Pembelajaran 1.pelajar dibawah keluar kelas.
2.membuat pemerhatian landskap sekolah.
3.tunjuk cara menggunakan tetingkap untuk memfokus pemandangan yang menarik.
4.membuat lakaran kasar dengan menggunakan pensil
BBM contoh lukisan,pensil dan warna oil pastel
Penerapan Nilai menghargai alam sekitar.
Refleksi lakaran masih belum lengkap dan belum kemas aktiviti disambung ke hari berikutnya.

Hari /Tarikh Rabu/ 24.2.2010
Tingkatan 4K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Bidang Penghasilan Seni Visual
Unit Pembelajaran Catan :Landskap Sekolah.
Hasil Pembelajaran .Aras 1-Menginterpretasikan maklumat yang akan digunakan dalam penghasilan karya.
Aras 2-menghasilkan catan secara terancang-idea,proses penghasilan,olahan karya.
Aktiviti Pembelajaran 1.sambungan aktiviti memperhalusi lakaran landskap sekolah.
BBM contoh lukisan, pensil dan warna oil pastel
Penerapan Nilai keyakinan dan kesungguhan.
Refleksi semua pelajar telah menyiapkan lakaran, aktiviti mewarna akan disambung ke hari berikutnya.

Hari/Tarikh Jumaat/26.2.2010
Tingkatan 4K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni visual
Masa 70 minit.
Bidang Penghasilan Seni Visual.
Unit Pembelajaran Catan: Landskap Sekolah
Hasil Pembelajaran
Aras 1-Menginterpretasikan maklumat yang akan digunakan dalam penghasilan karya.
Aras 2-menghasilkan catan secara terancang-idea,proses penghasilan,olahan karya
Aktiviti Pembelajaran 1. Tunjuk cara mewarna menggunakan media basah warna air atau warna poster dari guru untuk ruang belakang dan ruang tengah. Teknik yang digunakan basah atas basah dengan kuantiti warna yang sedikit.
2.pelajar mengaplikasi sendiri diatas lakaran masing-masing.
BBM warna air, bekas letak warna, berus pelbagai saiz, contoh catan
Penerapan Nilai keyakinan dan kerjasama.
Refleksi sapuan warna teknik basah atas basah berjaya dilakukan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi kurang memuaskan kerana salah memilih saiz berus lukisan menyebabkan sapuan warna kurang kemas dan merosakkan kertas.


Minggu/Tarikh 9/ 1.3.2010
Hari Isnin
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual 2
Masa 70 minit
Bidang Apresiasi Seni Visual
Unit Pembelajaran Lukisan Penggubahan mewujudkan kesan sejuk dan tenteram.
Hasil Pembelajaran pelajar mengetahui suasana menunjukkan kepada kesan gubahan dalam penghasilan.
Aktiviti Pembelajaran 1.penjelasan kumpulan warna sejuk.
2.kaitan jenis warna dan kesan mood atau suasana yang boleh ditimbulkan .
3.Contoh lukisan yang menunjukan suasana sejuk dan tenteram-lukisan landskap waktu pagi,musim dingin
4. amali melukis landskap suasana waktu pagi dengan warna-warna sejuk.
BBM buku rujukan seni visual STPM,carta warna, contoh catan landskap.
Penerapan Nilai kesungguhan dan kerajinan
Refleksi latihan amali disambung ke hari berikutnya.
1
Tarikh/Hari Selasa/2.3.2010
Tingkatan 6AK5
Mata pelajaran Seni Visual 1
Masa 70 minit
Bidang Apresiasi Seni Visual
Unit Pembelajaran Rekabentuk Persekitaran:-Hiasan Dalaman(kajian konsep mengikut budaya masyarakat melayu dan budaya cina
Hasil Pembelajaran diharap pelajar dapat:-
-memahami fungsi reka bentuk hiasan dalaman elemen-elemen yang berkaitan dengannya.
-mengenalpasti hubung kait antara reka bentuk hiasan dalaman dengan kehidupan manusia.
Aktiviti pembelajaran 1.pembentangan oleh calon soalan 4- budaya hidup orang melayu dan kraf serta perhiasan yang boleh dimasukkan ke dalam hiasan dalaman. restoran.
2.pembentangan oleh calon soalan 4-budaya hidup orang cina dan kraf serta perhiasan yang boleh dimasukkan dalam rekabentuk restoran.
BBM majalah anjung seri, majalah impiana, buku rujukan SPM dan STPM.
Penerapan Nilai Kekemasan dan penghargaan
Refleksi pelajar memahami ciri-ciri yang sesuai dalam kraf dan perhiasan sesuatu kaum melayu dan cina untuk diserapkan dalam seni hiasan dalaman.

Tarikh/Hari Rabu/3.3.2010
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual 1
Masa 70 minit
Bidang Apresiasi Seni Visual
Unit Pembelajaran Rekabentuk Persekitaran:-Hiasan Dalaman kajian konsep mengikut budaya iban dan bidayuh.
Hasil Pembelajaran diharap pelajar dapat:-
-memahami fungsi reka bentuk hiasan dalaman elemen-elemen yang berkaitan dengannya.
-mengenalpasti hubung kait antara reka bentuk hiasan dalaman dengan kehidupan manusia.
Aktiviti Pembelajaran 1.pembentangan oleh calon soalan 4- budaya hidup orang iban dan kraf serta perhiasan yang boleh dimasukkan ke dalam hiasan dalaman. restoran.
2.pembentangan oleh calon soalan 4-budaya hidup orang bidayuh dan kraf serta perhiasan yang boleh dimasukkan dalam rekabentuk restoran.
BBM buku rujukan seni visual STPM ,SPM dan majalah hanjung seri, majalah impiana dan majalah Home.
Penerapan Nilai kekemasan dan penghargaan.
Refleksi pelajar diminta menambahkan maklumat berkaitan dengan kraf masyarakat bidayuh dan iban.

Tarikh/Hari Khamis/4.3.2010
Tingkatan 6AK5
Mata Pelajaran Seni Visual 2
Masa 70 minit
Bidang Apresiasi Seni Visual
Unit Pembelajaran Ujian Bulanan 1: Lukisan set meja belajar-buku,beg ,kain alas meja.

Hasil Pembelajaran diharap pelajar dapat:-
-memahami bahasa seni visual dalam penghasilan lukisan.
-mengamati bentuk, skala dan kadar banding, pencahayaan serta struktur.
Aktiviti Pembelajaran 1.Ujian amali -melukis objek beg sekolah, buku,alas meja dan meja belajar seperti yang telah disediakan.
BBM buku rujukan,kain alas meja, meja pelajar, beg sekolah pelajar.
Penerapan Nilai ketelitian dan kekemasan.
Refleksi teknik mewarna masih kurang kemas mungkin masa yang agak singkat.


Tarikh/Hari Selasa/2.3.2010
Tingkatan 4K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Bidang Penghasilan Seni Visual.
Unit Pembelajaran Catan: Landskap Sekolah
Hasil Pembelajaran
Aras 1-Menginterpretasikan maklumat yang akan digunakan dalam penghasilan karya.
Aras 2-menghasilkan catan secara terancang-idea,proses penghasilan,olahan karya.
Aktiviti Pembelajaran 1.sambungan mewarna objek di ruang hadapan, guru menunjuk cara teknik mewarna basah atas kering dan kering atas kering.
2.pelajar mewarna objek pada ruang hadapan seperti pokok,bangunan sekolah,pohon bunga dan lain-lain menggunakan teknik yang ditunjukkan
BBM warna air,warna poster,span, berus dan contoh catan landskap.
Penerapan Nilai kesabaran.
Refleksi ada pelajar yang berjaya mengaplikasi teknik yang ditunjukan dan sebahagian lagi kurang kemas kerana berus yang digunakan masih basah dan menjejaskan sapuan warna.

Tarikh/Hari Rabu/ 3.3.2010
Tingkatan 4K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Bidang Penghargaan Terhadap seni visual
Unit Pembelajaran Tokoh-tokoh pencatan negara
Hasil Pembelajaran dapat mengenali dan menghargai tokoh pengkarya seni halus Tanah Air.
Aktiviti Pembelajaran 1.penjelasan dari guru berkenaan dengan tajuk.
2.mencatat nota.
3.latihan bertulis
BBM buku rujukan seni visual SPM
Penerapan Nilai kebanggaan
Refleksi baru mengenali tokoh pencatan negara dan karya mereka

Tarikh/Hari Jumaat/ 5.3.2010
Tingkatan 4K3
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Unit Pembelajaran Ujian Bulanan 1: Soalan Teori
Aktiviti Pembelajaran 1.guru mengedar kertas soalan
2.pelajar menjawab soalan dalam tempoh yang ditetapkan
BBM kertas soalan bercetak.
Penerapan Nilai berdisiplin dan kejujuran
Refleksi pelajar telah menjawab soalan dalam tempoh yang ditetapkan.

Minggu/Tarikh 10/ 8.3.2010
Hari Isnin
Tingkatan 6AK5
Mata pelajaran Seni Visaul 2
Masa 70 minit
Bidang Apresiasi Seni
Unit Pembelajaran Lukisan Penggubahan mewujudkan kesan sejuk dan tenteram.
Hasil Pembelajaran pelajar mengetahui suasana menunjukkan kepada kesan gubahan dalam penghasilan.
Aktiviti 1.sambungan aktiviti amali lukisan landskap menunjukan suasana waktu pagi yang tenteram.
BBM buku rujukan STPM seni visual, buku lukisan landskap,warna pastel.
Penerapan Nilai keindahan dan kesyukuran
Refleksi teknik mewarna masih kurang memuaskan.

Tarikh/Hari 9.3.2010/Selasa
Tingkatan 6AK5
Mata pelajaran Seni Visaul 1
Masa 70 minit
Bidang Penghasilan Karya Seni
Unit Pembelajaran Penyediaan Portfolio: Penulisan
Hasil Pembelajaran pendedahan kepada pelaajr tentang pengertian, keperluan dan pendekatan penyelidikan yang sesuai supaya pelajar dapat mengcungkil penemuan-penemuan yang bermutu dalam bidang seni visual.
Aktiviti 1.penyerahan esei bab 1 hasil dari penyelidikan dan pengeumpulan bahan.
2.penyemakan oleh guru dan sesi kritikan secara individu kepada pelajar.
BBM esei bab 1 kerja kursus, kertas soalan kerja kursus stpm, contoh tesis dan kertas kerja.
Penerapan Nilai kejujuran dan kerajinan
Refleksi kelemahan yang ketara dari segi bahasa,pembahagian perenggan mengikut isi penting juga masih silap,masih kurang memahami aspek pemasalahan dalam penulisan kajian. 8 orang pelajar diminta membaiki semula esei mereka.

Tarikh/Hari 9.3.2010/Selasa
Tingkatan 4K3
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Masa 70 minit
Bidang Penghasilan Seni Visual.
Unit Pembelajaran Ujian Amali: Lukisan Alam Semulajadi
Aktiviti 1.guru memberi tajuk alam semulajadi dan pelajar diminta mebuat lakaran.
2.pelajar mewarna lukisan dengan media kering
BBM warna pensil,oil pastel.
Penerapan Nilai kesungguhan dan kekemasan
Refleksi semua pelajar menyiapkan lukisan masing-masing.

10 HINGGA 12 MAC 2010 BERSAMAAN HARI RABU HINGGA JUMAAT KEJOHANAN
OLAHRAGA ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN SMK SERIAN.